Aku Hanya Menumpang

Setiap Langkah Akan Bermakna... Setiap Gerak Pasti Berubah...

Ekspedisi Gunung Irau 260310-280310

Wak : Jom laa jay pegi gunung irau... kite jadi backup team wong bawak bebudak hospital selayang
Jay : Tengok macam mana wak... :D(sambil dalam kepala duk pikir nak pegi tak nak). sape lagi ade wak?
wak : alaa kite pegi ari jumaat malam balik ahad je...ajib, pacak n ahad...
jay : okey laaa

Perjalanan pun bermula... bergerak dari kuala lumpur dalam jam 10mlm meggunakan kembara milik pacak.. sumbat ngan beg yg besar2... mmg penuh ... tapi layan ajee... berhenti kejap di hentian Tapah, isi perot... dan teruskan perjalanan ke simpang pulai dan terus ke brinchang...


Sampai di Brinchang dalam jam 3 am... berehat untuk pendakian seterusnya... Dalam jam 7am kami jaga dari tidur dan menyiapkan sarapan... keadaan pagi yang sejok dan menyamankan membuat hampir semua orang mengigil2....

Pendakian Bermula Pada Jam 10am diketuai oleh ustaz Wong... Kami berlima menjadi sweeper jee... hee

Halangan Takde laa Seganas mana... sebab ada lagi 'hardcore' dan ganas yang penah dilalui... tapi oleh kerana peserta2 hospital selayang ni antara yang baru2... jadi perjalanan yang singkat menjadi lama... ape2 ia menguji mental dan fizikal.... Perjalanan diselangi dengan gelak ketawa dan sindiran menyerikan lagi pendakian kami....:D kami tiba di puncak anak irau pada jam 1pm. Trek Gunung Irau tambah seri dan macam pesta dengan kehadiran 70 org pendaki dari UTEM (Kerek Team)...

Setelah berehat hampir 1 jam di Anak Irau(untuk memberi peluang pendaki2 hospital jalan dulu, supaya bg jarak masa utk kami... hehe... kalau tak kang kena sapu(sweep) ). Kami meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Irau... Kami Tiba di Puncak dalam jam 4pm. Pada hari tuh puncak Irau dipenuhi dengan pendaki2... Sangat padat sampai tak terasa sejook.... Kami dirikan fly kami di bahagian bawah sedikit dari puncak...:)

Malam melewati hari kami di puncak irau...menu kami pada malam itu ialah bubur nasi ajee...:) disajikan pula oleh ustaz wong dengan kuey teownya yg lazat... gelagat wak menceriakan semua orang di puncak irau... kalau ade laa orang lain mau dah kena sound.. tak reti2 senyap kee... hee...


Keesokkan paginya seawal jam 8am team ospital memulekan pendakian menuruni puncak irau.... sedangkan kami tengah sibuk sarapan...:). Sempat kami bergambar berlima di atas puncak irau... sedangkan group depan dah 1 jam memulakan pendakian turun ke Brinchang... heee

Kami mulakan pendakian turun pada jam 9.30am... Kami melengah2kan masa untuk membiarkan team sepital jauh ke depan... sempat laa ambil gambar sepanjang perjalan untuk diabadikan dalam ingatan...:). Terserempak dengan Mr Alex Jonas dari Perancis... yang hanya dengan berkaki ayam trekking di hutan irau... tetapi hanya berjalan sekitar 2-3 jam sahaja untuk 'shooting' dokumentari katanya...



Kami tiba di Brinchang pada jam 4pm setelah menyapu semua peserta yg tercicir di belakang... hehe... bergambar beramai di pondok... dan perjalanan kami tidak berhenti di situ... kami(geng2 guider dan backup) bersantai di Ladang Teh Boh Sungei Palas... Menikmati teh dan sedikit juadah hasil penat menyeksa diri selama 2 hari...:)serta disajikan pemandangan yg cukup menghijau.... selepas itu kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur dalam jam 6pm... Sekian...





0 comments: