Aku Hanya Menumpang

Setiap Langkah Akan Bermakna... Setiap Gerak Pasti Berubah...

Menangani Pasangan Keras Kepala

Salam ceria semua. Nampaknya dah ramai yang tertunggu-tunggu sambungan entri yang lepas. Pasangan keras kepala? Erm.. tak kira lah baik lelaki mahupon perempuan. Kalau kita tanya mak ayah, konfem lah mereka akan cakap… SABAR. Yup, sabar kan itu adalah sebahagian daripada iman. Kalau dua-dua nak jadi kepala batu, sampai bila pon masalah takkan selesai.

Ada sesetengah lelaki inginkan juga perasaan kasih sayang macam juga wanita. Jika wanita itu inginkan perhatian, maka perkara yang sama lah dengan lelaki. Cuma lelaki ni kalau dia nak manja atau perhatian, dia agak karek dan control macho. Sebagai contoh mudah, sekiranya kamu bertengkar… si lelaki sebenarnya amat mengharapkan teman wanitanya merayu dan memujuknya. Dalam masa yang sama, si lelaki akan berlagak tough dan eksyen macho. Jadi sampai satu tahap kamu (perempuan) pon naik buntu atau jelak. “Macam mane la nak pujuk pakwa aku ni?”

Hahaha… kamu dah puas pujuk eh? Dia masih berdegil? Cuba pulak lepas dah puas pujuk tuh kamu pulak yang buat tarik muka. Nangis lagi bagus.. Nah… kamu tengok, aku yakin si lelaki ni terus tak jadi merajuk. Sebaliknya dia akan cuba pujuk kamu sampai lah kamu reda. Dalam kesah yang semacam ni, bagi aku.. kamu berdua perlulah pandai main tarik tali. Maksud tarik tali di sini, bukan mempermainkan perasaan pasangan anda. Tapi ini dari segi istilah dan pemahaman menarik perhatian. Tapi awas ye, sila jangan terover. Saya tidak sama sekali mendorong anda melakukan maksiat. Ingat tuh. Kalau dah kawin… silakan memujuk dengan penuh belaian mesra~

Kesah yang lepas ada aku mengutarakan bagai mana Cik Adik aku mengubah aku. Ini soalan cepu emas tuh. Ok lah… sebenarnya perkara ini mesti juga lahir dari keikhlasan dalam diri lelaki itu sendiri. Kalau dia sendiri tak mahu menerima perubahan, maka usaha apa pon yang kamu lakukan maka tidak menjadi. Rahsianya adalah doa dan tawakal agar si dia berubah sikap. Bukan mudah nak menegur seseorang tuh kalau diri kita sendiri pon tak betul. Solat merupakan tiang agama. Cubalah masa kamu “berdating” tuh bila tiba waktu solat, ajak sekali Cik Abang tuh ke surau. Sekarang ni mana-mana tempat awam pon dah ade Surau.

Teguran solat adalah asas utama yang membuatkan aku terpikat kepada Cik Adik aku. Tidak lah bermaksud sebelum ni aku tak pernah langsung bersolat… tapi kamu sendiri mau ingat kan, kita ni amat lalai dan leka. Memang teguran untuk bersolat kadang kala boleh menyebabkan sesetengah orang tersentap. Wal hal ianya adalah fardu yang patut ditunaikan terlebih hadulu. Apa kata kamu buat selamber jer. Susah sangat ker? Macam ni, pilih waktu makan bersama pada ketika hampir dengan waktu solat. Secantik mungkin waktu Zohor.

Cik Adik: “Abang… lepas makan ni I nak pergi solat dulu lah ye..”
Cik Abang: … *terkedu*
Cik Adik: “Kat bawah kompleks ni ade surau taw.. besar sesangat. Cantik… abang pernah masuk tak?”
Cik Abang: “Selalu jugak, kalau tak sebok tuh…” <– nak membohong la tuh.
Cik Adik: “Ha`ah kan… kite pon hari ni tak sebok kan??? Apa kata kejap lagi kita pergi solat? I rindu la dengan suasana dalam surau kat bawah ni..”
Cik Abang: …*apa aku nak cakap nih? takkan nak kate aku UZUR plak… adeh*…

Muahahaha… ini sikit jer contoh. Tapi, seperti yang aku cakap tadi, nak mengubah orang tuh memang memakan masa. Saranan aku, mulakanlah dengan teguran SOLAT, nescara kukuh perhubungan kamu dengan izin Allah hendaknya. Amin~

- dipeik dari http://megat.net/


p/s: aku tak sempat buat.. mungkin kawan2 lain... ade kesempatan... maka cuba2 lah...:)

1 comments:

selalu Pakcik pun tinggal solat, tapi kdg2 mengingatkan gak utk org lain bersolat ...