Aku Hanya Menumpang

Setiap Langkah Akan Bermakna... Setiap Gerak Pasti Berubah...

Lagenda Bola Sepak Malaysia


Kalau korang tak kenal ngan lagenda bola malaysia yang sorang nih mmg korang tak layak
bergelar peminat bola sepak... hehehe...
Allahyarham Mokhtar Dahari...
Satu Nama yang gah di arena bola sepak
Laa nih aku ngan rakan sekerja tengah sibuk nak siapkan
pameran berkenaan tokoh terkenal tanah air ni...
hujung minggu nih bakal ade perasmian gelanggang futsal atas nama beliau di Putrajaya...
penganugerahan sempena jasa beliau...
Semoga roh beliau bersemadi dengan aman...
Al-Fatihah...

Apa Hadiah Hari Lahir yang bermakna untuk korang?

Assalamualaikum...

banyak pulak aku nak tulis hari ni...

Apa hadiah hari lahir paling bermakna dalam idup korang?
mesti banyak pikirkan ape yang korang nak...
hehe....

bagi aku.. hadiah paling bermakna ialah bila kita dapat sambut dengan orang kita sayang
contoh seperti keluarga, suami, isteri, anak2, kekasih dan sahabat handai...

Tapi agak terkilan untuk tahun ni...:)
kenapa...?

pertama kali sepanjang 29tahun aku idup...
aku tak berpeluang untuk menyambut...
mungkin kerana atas kesibukan kerja dan aktiviti...
dan jugak peristiwa2 di luar jangkaan...

aku tak pernah berharap...
tapi mmg terlintas untuk meraikan bersama yg disayangi...
sayangnyaa... hee sendiri cari masalah... sendiri laa kena tanggung...

semoga yg lain happy2 selalu...

p/s: jangan persiakan masa dan tika bersama orang tersayang...

Tak Bisa Memiliki...

Samsons - Tak Bisa Memiliki

[*]
Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

[**]
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Back to [*][**]

Back to [**]

Dirimu seumur hidupku 3x

Di Sudut Yang Terlepas Pandang

Di Sudut Yang Terlepas Pandang

...

Di sudut yang terlepas pandang
ada hati sedang menanti
mengharap dan bermimpi
agar di suatu hari nanti
hadirnya disedari

Di sudut yang terlepas pandang
ada cinta sedang menunggu
dengan sejuta rasa pilu
tatkala kasihnya pergi berlalu
tanpa menjenguk dia di situ

Di sudut yang terlepas pandang
dia menangis tidak berhenti
luluh hancur, harapannya mati
cintanya punah di penghujung hari

lalu dia keluar dari sudut yang gelap
lantas berlari ke bawah mentari
membawa cintanya yang masih berbaki
lusuh pudar dan tidak berseri

lantas dia menoleh
ke sudut gelap terlepas pandang
dimana dia pernah sembunyikan perasaan
dimana dia pernah catatkan sebuah pengharapan
lalu dia berkata:

"aku habiskan banyak waktu
menunggumu di situ
sedang
Tuhan telah siapkan cahaya
untuk aku melihat segala"

credits to ~Po.


p/s : dpt dr rakan blog yg lain, sangat mendalam maksudnya...:)

Aku Rindu

Ntah kenapa minggu ni aku rasa rindu sangat ngan semua orang...
rindu masa-masa gembira...

malam ni aku kan bertolak ke malaka...
aku join jamboree basikal kat sana...
tak macam sebelum2 ni... aku rasa happy bila nak pergi
tapi kali ni rasa semacam... tapi masih nak pergi...

ape2 pun harap semua happy selalu...
jangan disia2kan hidup kita yg gembira...:)

cheers!


Al-Fatihah untuk Allahyarham Norfarahdini Zakaria

Pelumba basikal wanita negara maut

IPOH 6 April - Pelumba basikal lebuh raya negara, Norfarahdini Zakaria maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan rakan pelatih semasa menjalani latihan di Kampung Pokok Sena, Bota Kiri, hari ini.

Norfarahdini, 27, yang pernah mewakili negara semasa Sukan SEA di Laos, baru-baru ini, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Mangsa yang belum berkahwin, dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan dalaman di bahagian kepala.

Menurut jurulatih lumba basikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd. Salmiza Salleh, Norfarahdini menyertai lima pelumba basikal dari TLDM berlatih bagi menghadapi kejohanan Jelajah Malaysia (JM) pada hujung bulan ini.

Katanya, mengikut jadual, latihan tersebut bermula dari Pangkalan TLDM Lumut melalui Seberang Perak dan Ayer Tawar sebelum berpatah balik ke Pangkalan TLDM Lumut.

''Semasa sedang berkayuh di Bota Kiri pukul 10.20 pagi ini, basikal yang dinaiki seorang pelatih, Mohd. Shahrulnizam Che Shamsuddin hilang kawalan lalu terjatuh.

''Norfarahdini yang mengikut rapat di belakang gagal mengelak lalu merempuh basikal Mohd. Shahrulnizam dan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari basikalnya," katanya ketika ditemui di bilik mayat HRPB di sini hari ini.

Selepas kemalangan itu, kata Mohd. Salmiza, Norfarahdini kemudian dikejarkan ke sebuah klinik desa di Bota Kiri sebelum dihantar ke Hospital Changkat Melintang.

''Hospital Changkat Melintang kemudian memindahkan Norfarahdini ke HRPB dan dia disahkan meninggal pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

''Mohd. Shahrulnizam pula hanya mengalami kecederaan di bahagian bahu dan mendapat rawatan di Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lumba Basikal TLDM, Komander Ismail Osman berkata, Norfarahdini merupakan pelumba basikal sepenuh masa TLDM dan sudah berkhidmat dengan pasukan itu sejak sembilan tahun lalu.

''Jenazah Norfarahdini akan dibawa pulang ke Pangkalan TLDM untuk disembahyangkan sebelum dihantar pulang ke kampungnya di Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan malam ini.

''Keluarganya sudah diberitahu tentang kemalangan yang menimpa Norfarahdini," katanya.

Dia Sudah Kembali!!!

Setelah sekian lama menangguh membaikpulihkan 'jamis bas kilang' akhirnyaa berjaya juga memulihkan sendi2 dan urat2nya... Tengahari tadi ke Kedai Basikal di Taman Melawati aku menghantarnya... proses amik masa dalam 2 jam... ganti segala kabel dan setting balik... kemudian buat balancing rim... Alhamdulillah kerugian takde laa seperti di duga...

Petang tadi berbekalkan semangat yang sudah pulih aku memulakan kayuhan solo pendek dari rumah ke bt12 Gombak... Jalan pergi agak mendaki... selang 30 minit aku tiba ke destinasi... Taman Rekreasi Alang Sedayu... Tujuan untuk menguji kemampuan jentera yang baru dipulihkan... Ternyata ia masih mantap dan memuaskan hati... cheers..;)